Al Zulfadly Alias, 40, mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen atas empat pertuduhan menipu seorang doktor dalam satu penipuan urusan pembelian hartanah dan kereta. (Gambar Bernama)KUALA LUMPUR: Seorang lelaki yang menyamar sebagai juruiring Raja Muda Selangor dijatuhi hukuman penjara dua tahun dan empat sebatan selepas mengaku bersalah atas empat pertuduhan menipu seorang doktor dalam penipuan pembelian hartanah dan kereta.
Hakim Mahkamah Sesyen Norma Ismail menjatuhkan hukuman itu hari ini, sehari selepas Al Zulfadly Alias, 40, mengaku bersalah atas pertuduhan berkenaan.
Al Zulfadly dan tunangnya, Nurul Nur Syahirah Kamarudin, 37, didakwa memperdaya doktor berusia 42 tahun itu sehingga mempercayai mereka boleh mendapatkan tawaran menarik bagi pembelian sebuah hartanah di Eco Ardence Ember dan kereta Lexus LM500H.








