KUALA LUMPUR: Lelaki yang menyamar sebagai juruiring Raja Muda Selangor, dijatuhi hukuman penjara dua tahun dan empat sebatan oleh Mahkamah Sesyen, di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas empat tuduhan menipu berkaitan pembelian hartanah dan kenderaan mewah.
Hakim Norma Ismail turut memerintahkan Al Zulfadly Alias, 40, menjalani hukuman penjara itu bermula tarikh tangkap pada 16 November lalu.
Semalam, di hadapan sama, tunangnya, Nurul Nur Syahirah Kamarudin, 37, didakwa atas empat pertuduhan sama, namun mengaku tidak bersalah.
Berdasarkan semua pertuduhan, dia didakwa secara bersama tunangnya, menipu dan memperdaya doktor wanita berkaitan tawaran aset hartanah Eco Ardence Ember dan kenderaan mewah Lexus LM 500h sehingga mendorong mangsa memindahkan RM155,000 melalui beberapa transaksi atas talian ke dalam akaun bank milik tertuduh.









