GEORGETOWN: Dua lelaki termasuk seorang berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan memukul seorang lelaki menggunakan parang dalam kejadian di Taman Jajar, Jalan York, pada 10 November lalu.
Tertuduh, Andy Grat Alphonese, 41, dan J Kubiren, 25, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan yang dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Juraidah Abbas.
Mengikut pertuduhan, kedua-dua tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah terhadap seorang lelaki dengan memukul menggunakan parang sebagai alat serangan yang mungkin menyebabkan kematian.
Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di di Taman Jajar, Jalan York dalam daerah Timur Laut pada jam 5.30 petang, 10 November lalu.









