Menteri di JPM (Sabah dan Sarawak) Mustapha Sakmud kata dapatan PAC berhubung pelaksanaan Lebuhraya Pan Borneo Sabah kelak boleh dibentangkan di Parlimen. (Gambar Bernama)PUTRAJAYA: Kerajaan menyokong cadangan memperluas skop siasatan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berhubung pelaksanaan projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak) Mustapha Sakmud.
Beliau berkata kerajaan sentiasa terbuka kepada cadangan berkenaan kerana dapatan atau hasil siasatan PAC kelak boleh dibentangkan di Parlimen untuk dinilai secara bersama oleh semua pihak.
"Kerajaan terbuka terhadap mana-mana (cadangan) yang perlu dibuat (termasuk) cadangan PAC untuk siasatan. Banyak perkara yang dibuat ini baik untuk negara.








