Sekumpulan pihak menggesa penubuhan RCI untuk meneliti pengiraan pencen bagi 530,000 pesara sektor awam dan veteran angkatan tentera yang bersara sebelum 2013. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Sekumpulan pesara sektor awam dan veteran angkatan tentera akan menyerahkan memorandum kepada Parlimen esok bagi memohon penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat formula pengiraan pencen di bawah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) 2024.

Kumpulan itu mahu RCI meneliti pengiraan pencen bagi mereka yang bersara sebelum 2013, termasuk penggunaan gaji akhir setara 2012 serta kesan mekanisme pelarasan pencen tahunan 2% sebelum ini.

Menurut kit media kumpulan berkenaan, isu itu melibatkan kira-kira 530,000 pesara sektor awam dan veteran angkatan tentera.