Bekas Ahli Parlimen Ong Kian Ming kata ramai pengundi di Lembah Klang mungkin sudi menghantar isyarat kepada PH.PETALING JAYA: Peratusan keluar mengundi pengundi bukan Melayu yang lebih tinggi pada PRU16 tidak semestinya memberi kelebihan kepada Pakatan Harapan (PH), termasuk di Lembah Klang, menurut seorang bekas pemimpin DAP.
Ong Kian Ming berkata Bersama, sebuah parti serpihan PKR, berkemungkinan menjadi pihak yang meraih manfaat daripada undi masyarakat India dan Cina.
"Saya rasa di Lembah Klang, ada ramai pengundi akan sudi keluar untuk mengundi dan hantar isyarat kepada PH bahawa mereka sanggup menyokong parti yang lain, iaitu Bersama," kata bekas Ahli Parlimen Bangi itu dalam episod terbaharu audio siar Keluar Sekejap.






