KLUANG – Seorang wanita berstatus janda ditangkap berdua-duaan dengan seorang lelaki dalam sebuah rumah singgah melalui pemeriksaan rambang penguatkuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) malam tadi.
JAINJ dalam kenyataan berkata, pasangan kekasih masing-masing berusia 20 tahun itu ditangkap kira-kira pukul 2.10 pagi selepas mereka gagal membuktikan mempunyai sebarang ikatan perkahwinan yang sah.
Sebelum itu, pihak penguat kuasa terpaksa menunggu kira-kita tiga minit sebelum pintu rumah singgah yang disewa mereka berdua dibuka oleh seorang wanita dalam keadaan berkemban dan mengenakan baju T ketat.
Penguat kuasa kemudiannya membuat pemeriksaan namun tidak menemui sesiapa dalam bilik tidur sebelum mendapati pintu tandas tertutup serta berkunci.








