Kota Tinggi: Tiga daripada tujuh individu yang ditahan berhubung kes pecah masuk premis pajak gadai di daerah ini membabitkan kerugian RM28.4 juta akan didakwa di Mahkamah Majistret Kota Tinggi di sini pagi ini.
Pemangku Ketua Polis Johor, Deputi Komisioner Polis Hoo Chuan Huat, berkata keputusan itu dibuat selepas kertas siasatan dilengkapkan dan dirujuk kepada Pejabat Pengarah Pendakwaan Negeri Johor kelmarin.
"Dua suspek akan dituduh mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pencerobohan manakala seorang lagi dituduh mengikut seksyen sama dibaca bersama Seksyen 109 Kanun Keseksaan kerana bersubahat.
"Seorang suspek dibebaskan dengan bon mengikut Seksyen 118 Kanun Tatacara Jenayah, seorang lagi dibebaskan dan dijadikan saksi pendakwaan, manakala dua suspek dibebaskan tanpa syarat," katanya dalam satu kenyataan malam tadi.










