WASHINGTON: Syarikat gergasi teknologi, Google memaklumkan pihaknya tidak menemukan sebarang bukti berlaku gangguan perkhidmatan secara meluas terhadap platform Gmail, walaupun ribuan pengguna melaporkan kesukaran mengakses atau menerima e-mel.
Menurut jurucakap Google kepada agensi berita Anadolu, pasukan teknikal mereka sentiasa memantau tahap perkhidmatan secara rapi dan maklumat status masa nyata sentiasa dikemas kini menerusi papan pemuka Google Workspace Status Dashboard.
Kenyataan rasmi itu dikeluarkan selepas laman sesawang penjejak gangguan perkhidmatan dalam talian, Downdetector merekodkan lebih daripada 2,800 aduan pengguna berkaitan masalah Gmail setakat jam 12 tengah hari Waktu Timur Amerika Syarikat (AS).








