KUALA LUMPUR: Tahap keserasian pemain Harimau Malaya yang semakin meningkat selepas mengharungi dua aksi persahabatan antarabangsa menentang China dan Yaman dilihat sebagai perkembangan positif buat skuad negara dalam membina kekuatan menjelang cabaran lebih besar musim depan.
Pengendali interim Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe berkata, beliau berpuas hati dengan komitmen yang ditunjukkan pemain sepanjang kedua-dua perlawanan itu meskipun sebahagian daripada mereka masih baharu bersama skuad kebangsaan.
Menurutnya, kesungguhan setiap pemain untuk memahami corak permainan pasukan dan beraksi sebagai satu unit menjadi petanda baik dalam usaha membentuk sebuah pasukan yang lebih mantap.
"Kalau kita lihat dua perlawanan menentang China dan juga Yemen, kita nampak dari segi komitmen pemain-pemain, setiap pemain dalam pasukan itu cukup baik.








