PADANG BESAR: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perlis mengesan taktik baharu 'prebet sapu' yang menawarkan perkhidmatan e-panggilan haram 'lady driver' atau pemandu wanita, khusus untuk penumpang wanita.
Pengarahnya, Noraini Mohd Nawi berkata kegiatan pengangkutan penumpang secara tidak sah itu dikesan dipromosikan secara meluas menerusi platform media sosial seperti Telegram dan Threads.
Hasil pemantauan dan tindakan penguatkuasaan bagi tempoh Januari hingga Oktober lalu, dua kes membabitkan perkhidmatan sedemikian dengan pemandu wanita dikesan dan diambil tindakan.
"Secara keseluruhan bagi tempoh sama, JPJ Perlis mengeluarkan 31 notis atas pelbagai kesalahan berkaitan kegiatan prebet sapu, manakala 14 kenderaan disita untuk tindakan lanjut.









