Barisan Nasional (BN) berharap kemelut pentadbiran di Negeri Sembilan termasuk isu membabitkan jawatan Menteri Besar dapat diselesaikan secara baik.
Setiausaha Agung BN Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata semua pihak perlu memberi ruang tanpa merumitkan keadaan atau menimbulkan salah faham dan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan lanjut bagi mengelakkan kenyataan disalah tafsir.
“Saya fikir kita tidak perlu lagi merumitkan (keadaan). Biarlah proses berjalan dengan sebaik-baiknya. Saya tidak mahu membuat kenyataan yang nanti disalah anggap lagi. Biar kita serahkan melalui proses yang telah dilakukan,” katanya.
Zambry berkata demikian kepada pemberita ketika ditanya mengenai isu di Negeri Sembilan semasa ditemui di Festival Idea Putrajaya (FOI Putrajaya) 2026 di Putrajaya hari ini.
%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2026%2F08%2Fb885c04b29c6db8980b4f3abb7384ec8.jpg&w=900&output=webp&q=85&we)
%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2020%2F03%2F0c841633df4a61673fa5c134af57dab4.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)
%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2Fn9b12_268897.png&w=480&output=webp&q=85&we)
%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2F111111_761458.png&w=480&output=webp&q=85&we)
%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2026%2F05%2Fe3df3c6dad37573c6d108f245f99fd78.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)
%2Ffile%2Fattachments%2F890%2Fimage3_438725.jpeg&w=480&output=webp&q=85&we)
%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2025%2F10%2F4fa497b565811f25a52943a2e4cddb9b.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)

