PETALING JAYA – Bateriku merasmikan cawangan baharu mereka, Pitstop Cenang di Langkawi, sekali gus memperluas perkhidmatan penjualan bateri dan bantuan tepi jalan ke seluruh kawasan penduduk pulau peranginan tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutif Bateriku, Azarol Faizi Ansari Zakariah berkata, pembukaan itu dilihat tepat pada masanya apabila pulau lagenda tersebut terus mencatat pertumbuhan dan menarik kehadiran pelancong daripada pelbagai segmen.

“Langkawi terus berkembang bukan sahaja dari segi jumlah pelawat, tetapi juga dari segi kepelbagaian pengalaman pelancongan dan acara antarabangsa yang ditawarkan.

“Apabila semakin ramai orang meneroka pulau ini, mobiliti yang boleh dipercayai menjadi sebahagian penting dalam memastikan perjalanan mereka lebih lancar dan memberikan ketenangan fikiran,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.