Kuala Lumpur: SME Corp Malaysia menyediakan dana sekurang-kurangnya RM90 juta menerusi Program Pelaburan PKS dengan kerjasama tiga rakan strategik bagi membantu perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS)

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Steven Sim Chee Keong berkata, daripada jumlah itu, SME Corp menyediakan peruntukan RM45 juta, manakala baki RM45 juta disokong menerusi kerjasama strategik dengan Perbadanan Nasional Berhad (Pernas), OSK Ventures International Berhad dan Hartamodal Sdn Bhd.

Beliau berkata, program berkenaan menawarkan kemudahan pembiayaan kepada PMKS yang layak menerusi dua pendekatan, iaitu pembiayaan berasaskan hutang dan ekuiti.

Katanya, inisiatif itu diharap dapat membantu syarikat PMKS memperkukuh kapasiti perniagaan serta mengembangkan operasi, khususnya dalam sektor berimpak tinggi bagi mengurangkan kebergantungan kepada pinjaman bank.