Seorang penunggang motosikal lelaki maut selepas dihempap pokok tumbang di Jalan Set 2/8 Setia Eco Templer, Selayang petang tadi, menurut JBPM Selangor.

KUALA LUMPUR: Seorang penunggang motosikal maut selepas dihempap pokok tumbang dalam kejadian di Jalan Set 2/8 Setia Eco Templer, Selayang di sini petang ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ashrul Riezal Ashbar berkata pihak bomba menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada 2.19 petang.

Beliau berkata enam anggota berserta dua jentera Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang digerakkan ke lokasi kejadian.