KUALA LUMPUR: MyEG Services Bhd (MyEG) perlu melunaskan sepenuhnya tunggakan bayaran kepada kerajaan sebelum sebarang permohonan untuk menyambung semula operasinya boleh dipertimbangkan, kata Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook.
Kementerian Pengangkutan kekal dengan pendirian tegas bahawa tunggakan berkenaan perlu diselesaikan terlebih dahulu sebelum permohonan berkaitan perkara itu diberi pertimbangan.
"Kita berpegang kepada apa yang telah dinyatakan sebelum ini. Kita sedang menunggu bayaran itu," katanya.
"Sebelum sebarang permohonan untuk menyambung semula operasi boleh dipertimbangkan, bayaran berkenaan perlu diselesaikan terlebih dahulu."







