puterialia@hmetro.com.my

Selepas beberapa kali menemui peminat di Kuala Lumpur, penyanyi dan pencipta lagu popular Indonesia, Rizky Febian, bakal kembali menghangatkan pentas ibu negara menerusi konsert Malam Rawan, Diorama by Rizky Febian: Live in Kuala Lumpur di Zepp Kuala Lumpur pada 29 November depan.

Konsert istimewa ini dibawakan oleh Kumho International dan dianjurkan oleh AM Entertainment dengan kerjasama RSI Solusi Indonesia serta dijangka menjadi medan pertemuan bermakna buat Rizky dan peminat setianya di Malaysia yang sentiasa menunjukkan sokongan luar biasa terhadap setiap kemunculannya.

Menerusi Malam Rawan, Rizky bakal membawa penonton menyelami sisi muziknya yang menghimpunkan karya popular, melodi dekat di jiwa, serta momen istimewa secara bersemuka.