JOHOR BAHRU: Guru dan kakitangan sekolah seluruh Johor dibenarkan bekerja dari rumah (BDR) sepanjang tempoh penutupan semua sekolah di negeri ini selama dua hari bermula hari ini dan esok.

Jabatan Pendidikan Johor (JPNJ) dalam kenyataan, malam tadi, memaklumkan bahawa kemudahan BDR bagi warga pendidik dan staf sokongan itu adalah berdasarkan pertimbangan Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek.

Bagaimanapun, katanya, pegawai di JPNJ dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bertugas seperti biasa.

Menurut JPNJ, penutupan semua sekolah di negeri ini dibuat bagi menjunjung titah Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail, susulan keadaan jerebu dan kemerosotan kualiti udara yang sedang berlaku.

Ia sebagai langkah berjaga-jaga demi keselamatan dan kesihatan pelajar.