MOSCOW: Pihak berkuasa Russia hampir selesai menjalankan saringan terhadap individu yang mungkin mempunyai kontak dengan seorang penyelidik wabak yang meninggal dunia di Siberia, kata pegawai pada Rabu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Rospotrebnadzor, agensi yang bertanggungjawab terhadap kawalan penyakit memaklumkan yang 90 peratus daripada individu yang berada di bawah pemantauan kini sudah menjalani ujian.
Tiada masalah kesihatan berkaitan penyakit berjangkit dikenal pasti, lapor agensi berita negara TASS yang memetik agensi berkenaan.
"Hasil daripada hampir 5,000 ujian makmal tidak menunjukkan kewujudan sebarang mikroorganisma patogen berbahaya," katanya.
Tiada maklumat diberikan mengenai jumlah individu yang mungkin mempunyai kontak dengan ahli sains yang meninggal dunia itu yang menjalani ujian. Laporan media Russia menganggarkan jumlahnya sehingga 200 orang.








