PASIR SALAK – Dua individu maut apabila motosikal dinaiki mereka terlibat kemalangan dengan sebuah kereta di Kampung Teluk Sareh, Kampung Gajah di sini awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 4.29 pagi.

Katanya, kemalangan jalan raya itu melibatkan sebuah kereta jenis Toyota Yaris dan motosikal Yamaha Y15.

“Setibanya jentera di lokasi didapati kereta Toyota Yaris telah berada di dalam parit dan terdapat seorang mangsa cedera iaitu Mohamad Nor Afifi Harun, 31, di dalam kereta namun mangsa tidak tersepit.

“Penunggang dan pembonceng motosikal yang maut turut berada di dalam parit. Mereka ialah Siti Qazrina Abdul Rahman, 19, dan, Adam Danial Abdul Rahman, 18.