Noorazli Said didakwa sengaja melukakan perasaan agama Xenia Lok Zou Chieh menerusi ucapannya pada Perhimpunan Agung Umno 2026, 12 Sept lalu. (Gambar Facebook)

KUALA LUMPUR: Ketua Umno Sepang Noorazli Said mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan sengaja melukakan perasaan penganut Kristian menerusi ucapannya bulan lalu.

Noorazli, 48, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurul Izzah Hasan Basri.

Mengikut pertuduhan, Noorazli didakwa sengaja melukakan perasaan agama seorang individu, Xenia Lok Zou Chieh, menerusi ucapannya pada Perhimpunan Agung Umno 2026.

Kesalahan itu didakwa dilakukan pada 11.20 pagi, 12 Sept lalu di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC), Jalan Tun Ismail di sini.