Perdana Menteri Anwar Ibrahim ditemui pemberita pada Hari Tinjauan Belanjawan 2027 di Kementerian Kewangan.

PETALING JAYA: Anwar Ibrahim menggesa kerjasama serantau dipertingkat bagi menangani jerebu yang semakin membimbangkan, termasuk menerusi hubungan dengan Indonesia dan negara Asean lain.

Perdana menteri berkata, beliau turut menghubungi Presiden Indonesia, Prabowo Subianto, bagi membincangkan langkah menangani keadaan itu.

“Menteri luar dan menteri alam sekitar juga menghubungi rakan sejawat masing-masing bagi menawarkan kerjasama Malaysia sejak beberapa minggu lalu.

“Kita menyatakan sejak beberapa minggu yang lalu kesediaan kita untuk memberikan apa saja kerjasama kerana tahap ini membimbangkan,” katanya kepada pemberita pada Hari Tinjauan Belanjawan 2027 di Kementerian Kewangan.