am@hmetro.com.my

Tanjong Karang: "Kami sepatutnya meraikan hari lahir anak pada 19 Oktober ini, namun Allah lebih menyayangi mereka," kata Suhaimi Mohamad Jajuli, 44.

Suhaimi adalah suami kepada Norawalysa Mat Talpi, 44, yang maut dalam nahas dua kenderaan di Jalan Raja Muda Musa menghala ke Tanjong Karang, di sini hari ini.

Turut terkorban dua anak mereka, Auni Syazana, 12, dan Ahmad Syah Fawwaz, 8, manakala seorang lagi anak mereka, Ahmad Syah Fitri, 10, cedera di kepala.

Tragedi berlaku apabila empat beranak itu yang menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) Proton Exora merempuh belakang sebuah lori 20 tan.