BATU PAHAT: Golongan ibu ba­pa mengakui semakin bimbang de­ngan pelbagai insiden keganasan melibatkan pelajar di ka­wasan sekolah, khususnya se­le­pas insiden terbaharu yang ber­laku di Yong Peng, di sini Sab­tu lalu.

Seorang pesara, Ibrahim Salleh, 62, berkata, dia kesal kera­na insiden sedemikian kembali berulang sehingga menyaksikan beberapa insiden melibatkan kematian pelajar berlaku dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini.

Menurutnya, pihak berwajib seharusnya mengambil tindakan segera bagi mengelakkan perkara sama berulang selepas kejadian pertama dahulu.

“Dalam sistem pendidikan dan masyarakat ada banyak pihak bertanggungjawab tetapi mengapa sehingga sekarang tiada satu penyelesaian kepada masalah ini. Mengapa insiden serupa masih lagi berulang,” katanya kepada Utusan Malaysia.