London: Ben Wiggins, anak kepada juara Olimpik lima kali, Sir Bradley Wiggins, menandatangani kontrak profesional pertamanya bersama pasukan Australia, Jayco AlUla.

Pelumba berusia 21 tahun itu, yang meraih pingat perak acara ujian masa individu remaja dunia pada 2023, turut mencatat keputusan dalam kelompok 10 terbaik bagi perlumbaan di Jelajah Britain September lalu.

Bapanya, Bradley, yang bersara daripada sukan berbasikal 10 tahun lalu, mencipta sejarah sebagai pelumba Britain pertama menjuarai Tour de France pada 2012.

"Saya berasa sangat istimewa kerana dapat menyertai Jelajah Dunia tahun depan. Beraksi bersama Team Jayco AlUla adalah impian yang menjadi kenyataan.