am@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Syarikat penyedia kelengkapan rumah terkemuka, Coway Malaysia (Coway) semalam merasmikan pembukaan Kedai Coway BEREX pertama di Asia Tenggara yang terletak di pusat beli-belah baharu, Ombak KLCC.
Pembukaan ini menandakan satu lagi pencapaian penting dalam komitmen syarikat itu untuk meningkatkan kualiti kehidupan harian menerusi reka bentuk, kesejahteraan dan inovasi berterusan.
Pengurus Kumpulan Bahagian Pemasaran Coway Malaysia, Janice Tan berkata, kehidupan lebih baik tidak hanya ditentukan oleh estetika semata-mata, sebaliknya ia turut membabitkan pembentukan ruang kediaman yang mengutamakan rehat, pemulihan diri dan kesejahteraan berterusan.
"Menerusi Kedai Coway BEREX pertama di Asia Tenggara, kami mahu pengguna merasai sendiri bagaimana teknologi kesejahteraan termaju dan reka bentuk yang elegan dapat bergabung secara semula jadi dalam ruang kediaman mereka.










