Austin Camoens

am@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Rampasan 521 kilogram (kg) dadah jenis syabu bernilai tinggi dari jet peribadi di Laos terbongkar selepas bahan terlarang itu diisytiharkan secara palsu sebagai produk rokok elektronik (vape) dalam manifes kargo pesawat berkenaan.

Taktik licik itu dipercayai cubaan sindiket antarabangsa untuk mengaburi mata pihak berkuasa bagi menyeludup bekalan berkenaan ke Manila, Filipina.

Pesawat yang dikaitkan dengan sebuah syarikat penerbangan kendalian Malaysia itu dipotong jalur oleh pihak berkuasa Laos di Lapangan Terbang Antarabangsa Luang Prabang pada 1 Oktober lalu sebelum sempat berlepas.