KUALA LUMPUR: Selepas Safiq Rahim, Safawi Rasid dan Arif Aiman Hanapi, kini Daniesh Amirruddin bakal muncul bintang sensasi buat Johor Darul Ta'zim (JDT).

Perkara itu turut diakui pemilik JDT, Tunku Mahkota Ismail yang menyifatkan Daniesh yang berusia 20 tahun adalah masa depan buat kelab skuad Harimau Selatan itu selepas ini.

Ternyata JDT tidak pernah ketandusan melahirkan bintang baharu dengan Daniesh mula mencuri perhatian menerusi aksi cemerlang bersama pasukan utama kelab itu.

Tunku Ismail memberi bayangan mengenai potensi pemain berusia 20 tahun itu menerusi satu hantaran ringkas di laman sosial miliknya.

"Masa depan. 10 minit dua gol", tulisnya di laman story sosial medianya.