KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju melaksanakan kenaikan pangkat 'one-off' secara Khas Untuk Penyandang (KUP) kepada 12,000 pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata kenaikan pangkat itu bagi mengiktiraf pegawai cemerlang yang menunggu untuk dinaikkan pangkat susulan perjawatan yang terhad.

KUP bermaksud jawatan atau gred peribadi yang dikhaskan bagi mengekalkan gred hakiki seseorang pegawai awam apabila berlaku perbezaan gred dengan jawatan yang disandangnya

Selain itu, kerajaan akan menaikkan jumlah kelayakan cuti bersalin sepanjang tempoh perkhidmatan dinaikkan daripada 360 hari kepada 490 hari.