Penganalisis percaya krisis adat di Negeri Sembilan tidak beri kesan kepada PAS, yang komited menjalin kerjasama dengan Umno.PETALING JAYA: Krisis adat di Negeri Sembilan tidak memberi kesan ke atas minat PAS terhadap kerjasama dengan Umno, walaupun isu itu berpotensi mengundang tekanan hebat kepada kedua-dua parti, menurut penganalisis.

Mazlan Ali.Mazlan Ali daripada Universiti Teknologi Malaysia berkata, perkembangan di Melaka menunjukkan komitmen PAS untuk bekerjasama dengan Umno, malah sedia menggunakan lambang Barisan Nasional (BN), sekaligus memberi gambaran bahawa situasi di Negeri Sembilan tiada kesan ke atas PAS.

"Isu di Negeri Sembilan tidak sangat memberi kesan kepada PAS. Mereka masih melihat kerjasama dengan Umno penting dan tidak cuba menjauhkan diri," katanya kepada FMT.