KUALA LUMPUR - Hanya 34.1 peratus kes kecemasan kritikal atau Priority 1 di seluruh negara menerima respons ambulans dalam tempoh kurang 15 minit pada 2025.Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, ia berada di bawah sasaran Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) iaitu 50 peratus bagi panggilan kecemasan kategori berkenaan."Kategori Priority 1 merangkumi kes merah yang mengancam nyawa, termasuk trauma kritikal dan kecemasan lain yang memerlukan tindakan segera."Analisis pencapaian itu dilaksanakan secara sistematik oleh perkhidmatan penjagaan prahospital dan ambulans bagi mengenal pasti ruang penambahbaikan serta meningkatkan kecekapan respons kecemasan," katanya di Dewan Rakyat, pada Isnin.Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Datuk Seri Jalaluddin Alias (BN - Jelebu) mengenai prosedur operasi standard (SOP) respon ambulans ketika menerima panggilan kecemasan.Dalam pada itu Dr Dzulkefly menjelaskan, KKM turut meningkatkan penyelarasan sistem MERS 999 dalam usaha memperkukuh perkhidmatan berkenaan, selain menambah kapasiti ambulans khususnya di Jelebu, Negeri Sembilan.Menurutnya, sebanyak lima ambulans kini beroperasi di kawasan tersebut, manakala dua ambulans tambahan dijadualkan diperoleh pada 2027.Sementara itu, menjawab soalan asal mengenai langkah mengatasi ketidakseimbangan akses kepada doktor, pakar dan kemudahan diagnostik antara hospital di bandar dengan luar bandar, Dr Dzulkefly memaklumkan, KKM telah melaksanakan hospital kluster dan jaringan kesihatan prima."Perkongsian sumber termasuk peralatan, perubatan dan kemudahan diagnostik merentas hospital yang diketuai hospital peneraju."Peluasan kepakaran ke klinik kesihatan serta hospital tanpa pakar di luar bandar menerusi integrasi hospital kluster dan bukan."Model ini membolehkan pengurusan kes penyakit kronik melibatkan saringan awal hingga perkhidmatan penjagaan primer," jelasnya.
[VIDEO] Hanya 34.1 peratus kes kritikal capai KPI respons ambulans - Dr Dzulkefly
Key takeaways
Hanya 34.1 peratus kes kritikal menerima respons ambulans dalam 15 minit pada 2025, di bawah sasaran 50 peratus.
- Priority 1 merangkumi kes merah yang mengancam nyawa dan memerlukan tindakan segera.
- KKM meningkatkan penyelarasan sistem MERS 999 dan menambah kapasiti ambulans di Jelebu.
- KKM melaksanakan hospital kluster untuk mengatasi ketidakseimbangan akses perkhidmatan kesihatan.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- Updated
- October 12, 2026 at 4:40 AM UTC
- By
- DIANA AZIS
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Sinar Harian [VIDEO] Hanya 34.1 peratus kes kritikal capai KPI respons ambulans - Dr Dzulkefly (this story)
- Malaysiakini (BM) Masa ketibaan ambulans gagal capai KPI, KKM tambah 400 unit baharu








