Daripada empat negeri bawah SG4, Umno hanya ada wakil rakyat di Kelantan iaitu Syahbuddin Hashim (Galas) dan Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani (Nenggiri).PETALING JAYA: Umno tidak berada pada kedudukan tawar-menawar yang kuat untuk menuntut satu pertiga kerusi di SG4, malah desakan berterusan dikhuatiri menjejaskan rundingan kerjasama dengan PAS, kata penganalisis.

Mazlan Ali.Mazlan Ali berkata, Umno perlu menyedari kekuatan politiknya di Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu tidak setanding PAS yang menurutnya mampu menguasai negeri berkenaan tanpa kerjasama parti itu.

Penganalisis dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) itu berkata, kekurangan kerusi di negeri terbabit menyebabkan Umno tidak mempunyai kelebihan untuk membuat tuntutan kerusi yang tinggi terhadap PAS.