PARIS: Gianni Infantino berpeluang mempertahankan jawatan Presiden Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) bagi penggal keempat dan terakhir meskipun berdepan kritikan, ketika pihak yang menentangnya masih gagal mengetengahkan calon berwibawa menjelang pemilihan Mac depan.

Pemerhati yang ditemu bual AFP berpendapat ketiadaan pencabar berprofil tinggi memberi kelebihan kepada Infantino, 56, untuk terus menerajui badan induk bola sepak dunia.

Bagaimanapun, sokongan terhadapnya dilaporkan terjejas selepas cadangan membenarkan pelaburan swasta dalam Piala Dunia mencetuskan bantahan sebelum rancangan itu diketepikan. Infantino masih mendapat sokongan penting daripada persatuan bola sepak di Afrika dan Amerika Selatan.