Khlir Mohd Nor (PN-Ketereh) turut mencadangkan penerima Pingat Jasa Malaysia (PJM) terima bantuan seperti diumumkan kepada pemandu teksi dan bas sekolah.KUALA LUMPUR: Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia (JHEV ATM) dicadang diasingkan daripada Kementerian Pertahanan dengan diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) bagi mengurangkan birokrasi pengurusan kebajikan bekas anggota tentera.
Khlir Mohd Nor (PN-Ketereh), berkata jabatan itu juga perlu ditadbir bekas anggota tentera berkelayakan bagi memastikan urusan berkaitan veteran, termasuk pembayaran bantuan dan faedah persaraan dapat dilaksanakan lebih cekap.
Beliau berkata, masalah birokrasi antara perkara perlu diberi perhatian kerana masih terdapat aduan berhubung kelewatan bantuan kepada veteran ATM.







%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2FShaikHusseinMydin11_886646.png&w=480&output=webp&q=85&we)