Ahli Parlimen Libaran Suhaimi Nasir berkata rakyat Sabah akan menilai belanjawan itu bergantung kepada sama ada mereka dapat kemudahan lebih baik.KUALA LUMPUR: Kerajaan diminta menjelaskan peruntukan baharu sebenar daripada RM18.7 bilion untuk Sabah di bawah Belanjawan 2027, tanpa mengambil kira dana yang sudah diperuntukan bagi projek sedia ada.

Suhaimi Nasir (BN-Libaran) yang menyambut baik peningkatan peruntukan kepada RM1.1 bilion itu, berkata kerajaan perlu menjelaskan bagaimana jumlah terbabit akan dibelanjakan.

“Daripada jumlah keseluruhan itu, berapakah peruntukan baharu sebenar bagi 2027 selepas ditolak perbelanjaan mengurus, projek sambungan yang sedang berjalan dan komitmen kewangan sedia ada?” soalnya ketika perbahasan belanjawan di Dewan Rakyat.