KEJAYAAN filem Tarung: Unforgiven mengutip kira-kira RM23.3 juta membuatkan pelakon Aedy Ashraf tidak menolak kemungkinan bakal mengehadkan tawaran lakonan bagi tempoh dua hingga tiga tahun akan datang.

Aedy, 33, berkata dia berasa semakin seronok meneroka bidang penerbitan menerusi syarikatnya, Alpha47 Films apabila filem sulung terbitannya itu berjaya membuat kutipan yang baik.

Menurutnya, pada masa sama, dia juga mahu menghasilkan lebih banyak karya yang memberi nilai dan makna kepada penonton, khususnya golongan muda.

"Saya sangat seronok dengan cabang baharu yang diceburi ini. Penerbit kreatif di Malaysia tidak ramai, jadi saya menggalas tanggungjawab untuk menyajikan lebih banyak filem yang mempunyai nilai moral, jalan cerita menarik dan makna kepada penonton muda.