Di Lembah Klang bacaan IPU ialah 173 di Klang dan Johan Setia, diikuti Cheras (168), Putrajaya (165), Batu Muda (164), Banting (160), Shah Alam (159) dan Petaling Jaya (154).PETALING JAYA: Sebanyak 27 kawasan di seluruh negara mencatatkan kualiti udara tidak sihat setakat 8 pagi ini, dengan bacaan indeks pencemar udara (IPU) di Lembah Klang meningkat.

Johor kekal negeri paling terjejas dengan Pasir Gudang mencatatkan bacaan IPU tertinggi 177, diikuti Kota Tinggi (166), Larkin (164), Pengerang (162), Batu Pahat (154), Kluang (152) dan Tangkak (151).

Di Lembah Klang, bacaan IPU ialah 173 di Klang dan Johan Setia, diikuti Cheras (168), Putrajaya (165), Batu Muda (164), Banting (160), Shah Alam (159) dan Petaling Jaya (154).