Madrid: Netflix mengukuhkan penguasaannya dalam penyiaran sukan apabila memperoleh hak menyiarkan kesemua 104 perlawanan Piala Dunia 2030 kepada penonton di Sepanyol dan Andorra.

Perjanjian itu menyaksikan platform penstriman berkenaan melangkah lebih jauh dalam dunia bola sepak selepas mengembangkan portfolio siarannya yang turut merangkumi NFL, MLB, WWE, tinju dan seni bela diri campuran.

Sepanyol menjadi antara tiga negara tuan rumah utama kejohanan berkenaan bersama Portugal dan Maghribi, manakala tiga perlawanan pembukaan akan berlangsung di Amerika Selatan sebagai sebahagian daripada sambutan ulang tahun ke-100 Piala Dunia.

Bagaimanapun, perjanjian itu turut mengambil kira kepentingan siaran percuma kepada orang ramai apabila satu perlawanan sehari akan disiarkan menerusi televisyen awam.