SHAH ALAM – Seorang lelaki maut selepas kereta Perodua Myvi dipandunya merempuh belakang sebuah lori kontena yang diparkir di tepi jalan di Perindustrian Alam Awana, Puncak Alam di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian pukul 8.14 pagi itu, mangsa berusia 20-an ditemukan tersepit di tempat duduk pemandu dengan kecederaan parah di kepala.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, seramai tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat bergegas ke lokasi kejadian sebelum tiba pukul 8.28 pagi.

Menurutnya, kemalangan melibatkan sebuah Perodua Myvi dan lori kontena yang diparkir di tepi jalan.