Putrajaya: Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak pernah melupakan jasa pemandu teksi yang disifatkannya antara penyokong paling tegar ketika beliau melalui detik sukar pada tahun 1998.
Perdana Menteri berkata, sokongan golongan itu ketika era Reformasi menjadi antara sebab beliau mahu memastikan kebajikan pemandu teksi terus diberikan perhatian selepas menerajui kerajaan.
"Masa saya susah, kena terajang, kena pukul, masuk lokap, orang ini yang bantu saya! Takkan bila dah jadi Perdana Menteri, orang (pemandu teksi) minta RM1,000 saya nak kata tak boleh?" katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Peluncuran Pemberian Bantuan Khas Kewangan Kepada Pemandu Teksi, Kereta Sewa dan Pemandu Bas Sekolah, di sini, hari ini.









