JOHOR Darul Ta’zim (JDT) melakar sejarah baharu bola sepak negara apabila menjadi kelab Malaysia pertama meraih kemenangan di Korea Selatan selepas menundukkan Pohang Steelers 2-0 dalam aksi Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) kelmarin.

Pengendali Harimau Selatan, Xisco Munoz memuji barisan pemain yang mempa­merkan disiplin tinggi bagi mengekang cabaran tuan rumah sebelum meraih tiga mata berharga hasil ja­ringan berganda Marcos Guilherme.

Menurut Xisco, kemenangan itu merupakan ha­sil daripada persiapan rapi serta kemampuan pemain dalam melaksanakan taktikal yang dirancang bagi menghadapi kekuatan Pohang.

“Kami tahu mereka bagus dalam memanfaatkan ruang menerusi kepantasan. Perkara pa­ling penting ialah pemain memahami apa yang perlu dilakukan.