Malaysia menjadi tuan rumah Grand Prix Bahrain Gulf Air dari 2 hingga 4 Okt lalu selepas perlumbaan itu dipindahkan susulan konflik di Asia Barat. (Gambar Bernama)KUALA LUMPUR: Malaysia sedang mempertimbangkan cadangan menganjurkan perlumbaan Formula Satu (F1) setiap beberapa tahun dengan kerjasama negara lain, berbanding menjadi tuan rumah acara itu setiap tahun.
Menteri Belia dan Sukan Dr Taufiq Johari berkata Perdana Menteri Anwar Ibrahim sudah mengadakan perbincangan awal dengan Ketua Pegawai Eksekutif F1 Stefano Domenicali, serta pihak pengurusannya mengenai kemungkinan membawa semula perlumbaan berprestij itu ke Malaysia.
"Turut dicadangkan supaya perlumbaan diadakan sekali setiap beberapa tahun dengan kerjasama negara lain. Bagaimanapun, cadangan ini masih di peringkat awal dan kita perlu menilai sama ada ia boleh dilaksanakan," katanya menjawab soalan Syahredzan Johan (PH-Bangi) di Dewan Rakyat.







%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2022%2F09%2F85df72b92acd986c3dba81677c9e7270.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)