PUTRAJAYA- Peguam Negara (AG) diwajibkan membuat satu kenyataan akhbar penuh bagi menjelaskan alasan pelepasan tanpa pembebasan (DNAA) melibatkan kes ahli politik, penjawat awam JUSA ke atas atau kes membabitkan jumlah wang besar termasuk yang melebihi nilai RM1 juta.
Menurut seorang peguam, Dr. Zulqarnain Lukman, alasan tersebut perlu disiarkan di dalam laman web Pejabat Peguam Negara (AGC) supaya ia kekal menjadi bahan rujukan yang mana berperanan mengelakkan tohmahan bahawa wujud sistem pilih kasih.
Beliau berkata, undang-undang berkaitan DNAA ini telah termaktub di dalam Seksyen 254 Kanun Tatacara Jen








