Ahli Parlimen GPS Willie Mongin berkata, seorang guru baru-baru ini mengadu bahawa tugas mendidik anak-anak kini semakin sukar.KUALA LUMPUR: Seorang Ahli Parlimen Sarawak menyuarakan kebimbangan mengenai sikap tiada toleransi agama dalam kalangan kanak-kanak, merujuk kes murid sekolah rendah yang enggan duduk bersebelahan rakan sekelas berlainan agama.
Willie Mongin (GPS-Puncak Borneo) berkata, seorang guru baru-baru ini mengadu kepadanya tentang kesukaran mendidik generasi muda hari ini.
“Malah, ada anak murid yang enggan duduk di sebelah rakan sekelas beragama Kristian atau Islam,” katanya di Dewan Rakyat.
“Ada yang berkata, ‘Saya tak mahu duduk dengan mereka sebab mereka makan babi’, atau ‘Saya tak mahu duduk dengan mereka sebab mereka pakai salib’.








%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2Ftest1_716667.png&w=480&output=webp&q=85&we)
