Kuala Lumpur: Kehadiran pekerja asing tanpa izin (PATI) bukan sahaja menjejaskan peluang pekerjaan rakyat tempatan, malah membuka ruang kepada majikan mengeksploitasi tenaga kerja berkenaan.
Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Kamarul Baharin Mansor berkata, tanggapan bahawa rakyat tempatan tidak berminat melakukan pekerjaan yang sering dikaitkan dengan pekerja asing adalah tidak munasabah.
"Peluang pekerja tempatan terjejas teruk dengan kehadiran pekerja asing. Pekerjaan 3D (industri pembinaan iaitu sukar, bahaya dan kotor) tidak berubah kepada automasi kerana majikan lebih suka gunakan tenaga kerja berasaskan manusia.
"Tiada perubahan dalam pekerjaan 3D yang akhirnya dimonopoli oleh pekerja asing.









