Masiung Banah meninjau kawasan yang berdepan masalah kekerapan gangguan bekalan elektrik di Tongod, sejak minggu lalu.PETALING JAYA: Sabah Electricity Sdn Bhd digesa menambah genset bergerak di tiga sekolah menengah berasrama di Tongod susulan kerosakan dua transformer utama yang menjejaskan bekalan elektrik di daerah itu sejak minggu lalu.
Adun Kuamut Masiung Banah berkata bekalan sementara perlu disalurkan segera ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tongod, SMK Penangah dan SMK Entilibon kerana asrama di sekolah berkenaan bergelap pada waktu malam.
Katanya, keadaan itu menyebabkan pelajar terpaksa menggunakan cahaya lilin untuk belajar dan mengulang kaji pelajaran, termasuk mereka yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).







%2Ffile%2F1202%2Fd82c0fdfb7f15c9f1c9b6f287bc918af.jpeg&w=480&output=webp&q=85&we)

