MINGGU lalu, telefon pintar ibu bapa berbunyi dengan mesej hampir serupa dalam kumpulan WhatsApp sekolah anak masing-masing, memaklumkan sekolah ditutup keesokan hari kerana jerebu.
Bagi kebanyakan kita, rutinnya sudah lama dihafal. Kita menyemak aplikasi Indeks Pencemar Udara (IPU), mencari pelitup muka, menutup tingkap dan menunggu langit cerah semula.
Hakikat jarang kita sedari ialah beban jerebu ini tidak pernah dipikul secara sama rata. Kita semua menghirup udara sama, tetapi tahap pendedahan jauh berbeza.
Seorang pegawai di pejabat berhawa dingin boleh melalui hari berjerebu tanpa banyak terkesan dan keluarga berkemampuan boleh membeli pembersih udara untuk setiap bilik.






