Terletak di selatan Selangor, Kuala Langat menawarkan pengalaman percutian yang berbeza daripada kesibukan kota menerusi keindahan alam semula jadi, kawasan tanah lembap dan pelbagai tarikan rekreasi untuk seisi keluarga.

Destinasi itu sesuai bagi mereka yang ingin meluangkan masa di luar bandar, mendekati hidupan liar atau menikmati aktiviti santai dalam suasana yang lebih mendamaikan.

Menurut seorang penduduk tempatan, Ahmad Syakir, 45, keindahan alam semula jadi di Kuala Langat bukan sekadar tarikan pelancongan, malah menjadi ruang untuk berehat daripada kesibukan harian.

“Bagi saya, keistimewaan Kuala Langat ialah suasananya yang masih dekat dengan alam semula jadi.