Polis terima lima laporan berhubung penyebaran gambar wajah pelajar perempuan di sebuah sekolah menengah yang disunting menggunakan AI. (Gambar Rawpixel)PETALING JAYA: Peguam yang mewakili mangsa dalam kes penyebaran gambar pelajar sekolah yang disunting menggunakan kecerdasan buatan mendakwa polis tidak mengikuti tatacara operasi standard (SOP) kerana memanggil mangsa untuk berdepan dengan suspek bagi pengecaman wajah.
Firma guaman, Ng Kian Nam & Partners, berkata mangsa bimbang akan dibalas dendam oleh suspek. Semalam, polis memaklumkan seorang pelajar Tingkatan 5 merupakan suspek dalam kes ini.
"Tindakan polis ini adalah jelasnya tidak mengikuti SOP cam muka, di mana proses ini seharusnya diadakan dalam keadaan ketat di mana suspek tidak dapat melihat identiti mangsa.







