AI semakin dekat dengan kehidupan kita.Daripada membantu menghasilkan idea dan kandungan, mencari maklumat, memudahkan tugasan hinggalah menyokong urusan kerja dan perniagaan, teknologi itu kini bukan lagi sesuatu yang hanya dibincangkan oleh golongan teknologis.Persoalannya, dalam dunia yang berubah begitu pantas, di mana hendak bermula?Nak belajar AI tetapi tidak tahu kursus mana sesuai? Mahu tambah kemahiran digital tetapi pening hendak pilih program? Atau mungkin sudah lama terfikir untuk belajar sesuatu yang baharu, cuma tidak tahu platform yang boleh dijadikan titik permulaan?Di sinilah Rakyat Digital boleh menjadi pilihan.Ia merupakan hab pembelajaran digital yang menghimpunkan pelbagai peluang pembelajaran, kemahiran serta penggunaan teknologi digital dan AI dalam satu platform.Mudah cerita, kalau selama ini peluang belajar kemahiran digital terasa berselerak di sana sini, Rakyat Digital cuba menyatukannya supaya rakyat lebih mudah mencari laluan yang sesuai dengan keperluan masing-masing.Satu platform untuk bina kemahiran digitalSatu perkara yang menarik tentang Rakyat Digital ialah pengguna tidak perlu datang dengan kemahiran teknologi yang tinggi.Pelajar yang mahu mengenali dunia AI, pekerja yang mahu tambah kemahiran, usahawan yang mahu memahami teknologi untuk perniagaan atau profesional yang mahu mengembangkan keupayaan digital semuanya mempunyai laluan masing-masing.Malah, pendekatan Rakyat Digital dibina secara bertahap menerusi tiga perkara mudah iaitu Kesedaran (Awareness), Akses (Access) dan Penerimagunaan (Adoption).Bermula dengan memahami teknologi, kemudian mendapatkan akses kepada pembelajaran dan akhirnya menggunakan teknologi itu secara lebih praktikal.Jadi, ia bukan sekadar soal belajar AI.Lebih penting, pengguna boleh membina keyakinan untuk menggunakan teknologi dalam kehidupan sebenar.Laluan pembelajaran tersedia mengikut tahap kemahiranBagi yang baru hendak berjinak-jinak dengan dunia digital, Hab Literasi Digital mungkin tempat paling sesuai untuk bermula.Hab ini menyediakan kursus percuma yang membantu rakyat membina asas literasi digital, meningkatkan kesedaran tentang AI dan membudayakan pembelajaran sepanjang hayat. Peserta yang berjaya menamatkan kursus juga akan menerima Sijil Penyertaan.Sudah ada asas dan mahu pergi lebih jauh?Hab Kemahiran Digital pula menghubungkan rakyat dengan penyedia latihan yang menawarkan pelbagai program kemahiran digital, merangkumi kemahiran teknikal dan bukan teknikal.Melalui hab ini, pengguna boleh meneroka pelbagai peluang upskilling dan reskilling yang bersesuaian dengan keperluan serta hala tuju kerjaya masing-masing.Lebih menarik, pengguna boleh memilih program yang sesuai berdasarkan bidang, kemahiran dan keperluan pembelajaran mereka.Untuk kemudahan pengguna, Hab Literasi Digital boleh diakses secara percuma.Bagi program di Hab Kemahiran Digital pula, terdapat kursus yang percuma dan ada juga yang ditawarkan dengan bayaran, bergantung kepada program serta penyedia latihan.J
Rakyat Digital: Laluan rakyat kuasai AI

Key takeaways
Rakyat Digital merupakan platform yang menyatukan peluang pembelajaran digital dan AI untuk memudahkan rakyat memperoleh kemahiran baru.
- Platform ini membantu pengguna mencari laluan pembelajaran yang sesuai.
- Tidak memerlukan kemahiran teknologi tinggi untuk menggunakan platform ini.
- Rakyat Digital menyatukan pelbagai program pembelajaran digital dalam satu tempat.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Berita Harian Ekonomi digital, manfaat peruntukan perlu dirasai rakyat
- Sinar Harian Rakyat Digital: Laluan rakyat kuasai AI (this story)
- Berita Harian Dana RM100 juta buka laluan projek digital Sarawak








